Suatu ketika dahulu, langit dan laut saling jatuh cinta. mereka saling menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukakan laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata "aku cinta padamu" ke telinga langit. setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemeah-merahan. suatu hari datang si awan...
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandsng pertama terhadap langit. tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. awan sedih, namun tiidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat akal. awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tiidak dapat melihat langit sehingga dengan gelombagnya laut berusaha mengusir awan yagn menganggu pandangannya. tetapi tentu sahaja tidak berhasil. lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui mengetaahui hubungan laut dan langit.
angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu. dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang kasih antara langit dan laut tidak terpisah. kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garisan di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.
About Me
- purplerose
- penang, sabah
- HAI! SAYA PENGEDAR SHAKLEE TERDEKAT ANDA! KESIHATAN DAN KECANTIKAN BERMULA DARI DALAM.
Sunday, October 24, 2010
Wednesday, September 29, 2010
TM REFLEKSI
Selamat sejahtera kepada encik Nik Ibrahim selaku pensyarah untuk mata pelajaran teknologi maklumat dan juga kepada semua bakal-bakal guru yang saya hormati. Nama saya Quenstina Usop dari 1 PPISMP PM,PJ,MU ingin berkongsi tentang pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas teknologi maklumat ini.
Melalui semua pembelajaran yang saya telah pelajari daripada kelas ini, pada mulanya kami diminta menghasilkan blogspot sendiri. Bagi saya perkara ini baru dalam diri saya. tanpa pengetahuan apa-apa tentang penghasilan tugasan tersebut saya cuba juga untuk menghasilkannya. encik Nik tidak mengajar kami apa-apa tentang penghasilan blog tersebut, jadi penyelesaiannya saya bertanya dengan rakan-rakan sekelas yang mengetahui tentang blog tersebut. tempoh penghasilannya mengambil masa yang lama juga kerana untuk memahaminya merumitkan saya sedikit. akhirnya kini blog ini terhasil juga.
setelah blog tersebut itu dihasikan, kami diminta untuk post refleksi diri dan juga pembelajaran kami dalam subjek-subjek yang lain dimasukkan dalam blog tersebut. tugasan ini juga merumitkan saya kerana saya tidak mengetahui bagaimana untuk masukkan semua maklumat seperti itu. setelah mempelajari dan meneroka blog tersebut akhirnya saya telah dapat menyiapkan tugasan tersebut.
Melalui kelas ini juga saya mengetahui tentang sejarah komputer. melalui pembelajaran tersebut, saya mengetahui betapa kreatifnya manusia menghasilkan komputer yang begitu cangih kini. seperti yang telah saya telah pelajari mengenai sejarah komputer ini, saya baru mengetahui mengenai perkembangan komputer iaitu komputer pertama dihasilkan adalah hampir sebesar bangunan namun kini komputer menjadi lebih kompleks iaitu sebesar buku sahaja yang boleh dibawa ke mana-mana. perbezaan besar dapat saya lihat dan ini membuka mata saya bahawa betapa cangihnya teknologi kini.
selain itu juga, kami telah membincangkan mengenai kenapa pentingnya cita-cita dalam mencapai kejayaan. melalui perbincangan tersebut saya baru tahu yang kita tidak seharusnya masih memikirkan mengenai cita-cita diri sendiri. seharusnya saya sebagai bakal guru harus memikirkan tentang matlamat dan cita-cita para pelajar yang bakal di tempuhi nanti. kita sepatutnya mengetahui tentang keinginan murid dan membantu mereka untuk mencapai kejayaan mereka kerana seperti yang kita tahu murid-murid masih lagi mencari diri mereka sebenar. mereka masih tidak mempunyai gambaran tentang masa depan mereka. jadi sebagai guru, kita haruslah mengambil berat tentang perkara ini.
kesimpulannya, kita sebagai guru haruslah sentiasa belajar iaitu memegang konsep pembelajaran sepanjang hayat. kita juga haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar tidak ketinggalan zaman dalam dunia IT ini. untuk berjaya juga kita seharusnya berusaha sendiri kerana kejayaaan diri sendiri berasal daripada usaha diri sendiri. siapa yang berusaha lebih dialah yang lebih berjaya.

Tuesday, August 31, 2010
pemansuhan UPSR dan PMR
Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah. Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja. Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat. Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah. Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.
sumber : Utusan Malaysia
PANDANGAN: Selama ini peperiksaan awam ini saya tidak pernah pertikaikan. namun apabila timbulnya isu pemansuhan peperiksaan awam bagi UPSR dan PMR terbukanya minda saya untuk menilai sejauh manakah peperiksaan ini penting kepada pembangunan insan serta kepada negara. seperti apa yang telah dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, peperiksaan ini menutup minda para pelajar untuk lebih kreatif dan pengetahuan mereka hanyalah sekadar apa yang mereka pelajari bukan dengan cara yang lebih holistik. saya amat bersetuju dengan pemansuhan ini. Namun sebaiknya perkara ini dikaji terlebih dahulu dengan lebih terperinci terutamanya kepada pihak ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Mencadang ini bukan lah dalam bidang saya. namun saya merasa tanggungjawab untuk melihat generasi mendatang membangun sebagai sebuah generasi yang benar-benar berkualiti kepada negara dan masyarakat adalah wajib.....oleh itu saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk kita sama-sama memikirkan pro dan kontra cadangan ini agar keputusan yang akan dibuat nanti akan menjadi keputusan yang terbaik dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang matang dan hebat.... semua cadangan ini tidak ditujukan kepada sesiapa.ini cuma sekadar cadangan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat kepada semua.
Sunday, August 22, 2010
Dotty Dot Dot FREE Blogger Backgrounds: Cookie Cutter Flowers
Dotty Dot Dot FREE Blogger Backgrounds: Cookie Cutter Flowers: "body {background-image:url('http://i96.photobucket.com/albums/l185/ajojo00/67c85810.jpg'); background-position: center; background-repeat:..."
Friday, August 20, 2010
TADAU KAAMATAN/PESTA MENUAI
Tadau KaamatanPesta Kaamatan atau na
ma lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman
tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Monday, August 16, 2010
PJ:MEMANASKAN BADAN
Memanaskan Badan: Satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
Fungsinya:
1. Meningkatkan suhu otot & suhhu badan keseluruhannya.
faedah;
- pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot & seterusnya memperbaiki keadaan fungsi otot.(functional condition).
- kepekatan 9viscosity) otot berkurang & keadaan ini membolehkan pengecutan & pengudaraan otot berlaku pada kadar yang paling pantas.
- oleh kerana pengaruh tinggi, lebihan kerja luaran dapat dilakukan dengan pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik dari segi penggunaan tenaga oleh otot.
- kadar ketegangan dalam otot bertambah.
- merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. ini membolehkan badan berfungsi dengan cekap.
2. memberi isyarat kepada jantung & paru-paru untuk bersedia menampung keperluan aktiviti kecerdasan berterusan.
3. mengelakkan kecederaan pada otot-otot ligmen 7 sendi.
4. meningkatkan prestasi dalam melaksanakan aktiviti atau tugas.

LITERASI MAKLUMAT
Literasi maklumat
I.LATARBELAKANG
Zaman/Masyarakat Maklumat:
• Nilai tinggi pada maklumat
• Kemajuan dalam ICT
• Persekitaran maklumat berubah dengan cepat daripada:
- Cetak ke digital
- Setempat ke antarabangsa
- Selamat kepada tidak menentu
- Tiada/kurang kepada terlalu banyak (information explosion)
- Perkhidmatan ke ‘self-service’
“In this age, power accrues to those who can ride and guide the
torrent of information available”
Michael Riordon and Lilian Hoddeson (1997)
II.DEFINISI – KONSEP
Sejak tahun 60’an pelbagai istilah:
a) Automasi Perpustakaan
b) Pengajaran Perpustakaan
c) Pengajaran Bibliografik
d) Pendidikan Pembaca
Tahun 90’an:
a) Kemahiran Belajar
b) Pengajaran Kemahiran Maklumat
c) Literasi Maklumat
MAKSUD:
LITERASI
Maksud:Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada
perkataan.
LITERASI MAKLUMAT
Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
KONSEP:
People trained in the application of information resources to their
work…….
They have learned techniques and skills for utilizing the wide range
of information tools as well as primary sources in molding information
– solutions to their problems”
Paul Zurkowski
National Commission of Libraries and
Information Sciences 1974.
INFORMATION LITERACY
The ability to find and use information - is the keystone of lifelong
learning”
Keupayaan untuk mengakses menilai dan mengguna maklumat dari
pelbagai sumber
Doyle,C(1994)
Apa dia akses?
Mengenalpasti keperluan
Bertanyakan soalan berhubung dengan keperluan
Mengenalpasti sumber maklumat
Menyediakan strategi pencarian
Mengesan maklumat –cetak dan ‘technology-based’
Apa dia penilaian?
Memilih dan menilai maklumat
Menentukan kewibawaan
Menentukan ketepatan dan kesesuaian
Mengenalpasti pandangan dan fakta
Buang maklumat salah/mengelirukan
Cipta idea bagi menggantikan maklumat salah/kurang tepat
Apa dia penggunaan?
Mengurus maklumat untuk aplikasi praktikal
Sepadukan maklumat baru dengan maklumat sedia ada
Aplikasi maklumat dalam pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan menggunakan maklumat dengan berkesan
Rumusan
Kemahiran Maklumat:
Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna
dengan berkesan dan cekap
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk
kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat
keputusan
III Ciri-ciri seseorang yang “Information-Literate”
Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan
pribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastra dan penulisan
kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan
penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan
maklumat dan IT.
Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi
mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
Pelajar yang berjaya dalam “information-rich and technology-based
world of today and tomorrow” adalah pelajar-pelajar yang ada:
Literasi Pembacaan – pembaca tekun dan berkebolehan
Literasi Teknologi – pengguna alat-alat teknologi yang canggih
pelajar yang terus belajar
Literasi Maklumat - pengurus maklumat
- pemikir yang kritis
- dapat berhubung dengan berkesan
- pengguna maklumat yang bertanggungjawab
IV. MENGAPA LITERASI MAKLUMAT PENTING DAN PERLU?
Polisi dan pembangunan negara
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan
tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami
dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
Perkembangan dalam KPM
- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang
- beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan
sejahtera
- Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang
berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
- Pembangunan ICT dalam pendidikan
Kemahiran Maklumat perlu untuk
hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu
bergantung kepada maklumat
belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep
pendidikan seumur hidup
Penyumbang kepada pencapaian negara – K-Masyarakat dan KEkonomi
A NATION PREPARED
“People …… will not come to the workplace knowing all they have to
know, but knowing how to figure out what they need to know, where
to get it, and how to make meaning out of it.”
Thompson, Helen M and Henley, Susan A (2000)
IV. APA YANG PERLU BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM
LITERASI MAKLUMAT DI SEKOLAH?
Kurikulum berpusatkan pelajar
Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah
Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan sumber (RBL)
Pengajaran Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
Akses kepada kepelbagaian teknologi
Pengalaman pembelajaran secara ‘hands-on’
Kurikulum Bersepadu
Kolaboratif antara Penyelaras PSS dan Guru-guru matapelajaran
Bagaimana kita pastikan pelajar-pelajar kita ‘Information Literate’?
Bagaimana boleh kita ajar mereka untuk menjadi pengguna ilmu yang
berkesan?
Jawapan:
Rancang dan ajar Kemahiran Maklumat samada secara:
Kaedah Berasing (Stand Alone Method)
Kaedah Integrasi (dicadangkan kerana ia lebih berkesan)
VI. PENUTUP
Kemahiran maklumat perlu diajar secara bersepadu dalam
matapelajaran:
dengan menggunakan pelbagai sumber di Pusat Sumber Sekolah
Guru PSS perlu:
- kerjasama (collaborate) dengan guru-guru matapelajaran
- cari sumber untuk guru-guru dan pelajar-pelajar berhubung
dengan pakar di seluruh dunia
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kemudahan
teknologi yang diperlukan untuk mengakses maklumat bagi
mewujudkan komuniti yang ‘information literate’
- Mendidik pelajar cara menguruskan sumber maklumat
- Tunjuk kepada pelajar cara melayari maklumat dari pangkalan
data

Subscribe to:
Posts (Atom)