Memanaskan Badan: Satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
Fungsinya:
1. Meningkatkan suhu otot & suhhu badan keseluruhannya.
faedah;
- pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot & seterusnya memperbaiki keadaan fungsi otot.(functional condition).
- kepekatan 9viscosity) otot berkurang & keadaan ini membolehkan pengecutan & pengudaraan otot berlaku pada kadar yang paling pantas.
- oleh kerana pengaruh tinggi, lebihan kerja luaran dapat dilakukan dengan pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik dari segi penggunaan tenaga oleh otot.
- kadar ketegangan dalam otot bertambah.
- merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. ini membolehkan badan berfungsi dengan cekap.
2. memberi isyarat kepada jantung & paru-paru untuk bersedia menampung keperluan aktiviti kecerdasan berterusan.
3. mengelakkan kecederaan pada otot-otot ligmen 7 sendi.
4. meningkatkan prestasi dalam melaksanakan aktiviti atau tugas.
No comments:
Post a Comment