About Me

My photo
penang, sabah
HAI! SAYA PENGEDAR SHAKLEE TERDEKAT ANDA! KESIHATAN DAN KECANTIKAN BERMULA DARI DALAM.

Sunday, October 24, 2010

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT

Suatu ketika dahulu, langit dan laut saling jatuh cinta. mereka saling menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukakan laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata "aku cinta padamu" ke telinga langit. setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemeah-merahan. suatu hari datang si awan...
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandsng pertama terhadap langit. tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. awan sedih, namun tiidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat akal. awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tiidak dapat melihat langit sehingga dengan gelombagnya laut berusaha mengusir awan yagn menganggu pandangannya. tetapi tentu sahaja tidak berhasil. lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui mengetaahui hubungan laut dan langit.
angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu. dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang kasih antara langit dan laut tidak terpisah. kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garisan di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.