About Me

My photo
penang, sabah
HAI! SAYA PENGEDAR SHAKLEE TERDEKAT ANDA! KESIHATAN DAN KECANTIKAN BERMULA DARI DALAM.

Saturday, March 19, 2011

MENGESAN penipuan..lawaK

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Thursday, March 17, 2011

AisHiTeRu

.....♥#########♥
...♥###########♥
...♥############♥
..♥##############♥..................♥#######♥
..♥################♥..........♥##########♥
....♥################♥......♥############♥
.......♥################♥..♥#############♥
.........♥################♥##############♥
...........♥##############################♥
..............♥########### ################♥
................♥#########################♥
..................♥######################♥
....................♥####################♥
......................♥############ #####♥
........................♥##############♥
...........................♥###########♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.......................................♥
.....................................♥
...................................♥
.................................♥
..............................♥
............................♥
.........................♥
......................♥
..................♥
.............♥
..........♥
......♥
....♥
......♥......................♥...♥
..........♥.............♥............♥
..............♥.....♥...................♥
...................♥.....................♥
................♥......♥..............♥
..............♥.............♥....♥
.............♥
............♥
.........♥
........♥
........♥
........♥
..........♥
................♥
......................♥
............................♥
................................♥
................................♥
............................♥
.....................♥
.................♥
.............♥
.........♥
......♥
...♥
.♥.............................♥.....♥
♥..........................♥............♥
.♥......................♥................♥
..♥...................♥..................♥
...♥....................................♥
.....♥................................♥
........♥..........................♥
...........♥...................♥
..............♥..............♥
..................♥........♥
....................♥...♥
.......................♥
♥ ♥ RIECHAL ♥ ♥


___ (¯`(♥)´¯) _____(¯`(♥)´¯)
___¶¶ (_.^._)¶¶__¶_¶¶(_.^._)¶¶
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶¶¶
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶
______¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶¶¶
________¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶
___________¶(_.^._)¶
____________ ¶¶¶¶¶
_____________¶¶¶ for u..~

Wednesday, March 16, 2011

KEPADAinsanBERNAMAlelaki/bF

Andainya lelaki tahu; apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu; apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu; apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu; apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu; apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadangkala dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu; apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu; sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Tuhan indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Kepada insan yang bernama lelaki, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Wednesday, February 16, 2011

kembali lagi.....

lama tak buka blog saya ne.. rindu pula~~~huhu ^_^
ada problem sikit sal nak buka webside blogger ne...
nasib dapat jua aq buka hari ini..hehe
banyak assignment sekarang.. kena penyakit 'M'.. sapa tau apa ubat dia ne?????
harap2 krang dapat bantu saya la tangani penyakit ne..
bahaya tau boleh berjangkit..aHAKzz!!!
ok nak trus berusaha mengejar angan2 dulu...
daaa.....

Sunday, October 24, 2010

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT

Suatu ketika dahulu, langit dan laut saling jatuh cinta. mereka saling menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukakan laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata "aku cinta padamu" ke telinga langit. setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemeah-merahan. suatu hari datang si awan...
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandsng pertama terhadap langit. tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. awan sedih, namun tiidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat akal. awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tiidak dapat melihat langit sehingga dengan gelombagnya laut berusaha mengusir awan yagn menganggu pandangannya. tetapi tentu sahaja tidak berhasil. lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui mengetaahui hubungan laut dan langit.
angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu. dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang kasih antara langit dan laut tidak terpisah. kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garisan di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Wednesday, September 29, 2010

TM REFLEKSI

Selamat sejahtera kepada encik Nik Ibrahim selaku pensyarah untuk mata pelajaran teknologi maklumat dan juga kepada semua bakal-bakal guru yang saya hormati. Nama saya Quenstina Usop dari 1 PPISMP PM,PJ,MU ingin berkongsi tentang pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas teknologi maklumat ini.

Melalui semua pembelajaran yang saya telah pelajari daripada kelas ini, pada mulanya kami diminta menghasilkan blogspot sendiri. Bagi saya perkara ini baru dalam diri saya. tanpa pengetahuan apa-apa tentang penghasilan tugasan tersebut saya cuba juga untuk menghasilkannya. encik Nik tidak mengajar kami apa-apa tentang penghasilan blog tersebut, jadi penyelesaiannya saya bertanya dengan rakan-rakan sekelas yang mengetahui tentang blog tersebut. tempoh penghasilannya mengambil masa yang lama juga kerana untuk memahaminya merumitkan saya sedikit. akhirnya kini blog ini terhasil juga.
setelah blog tersebut itu dihasikan, kami diminta untuk post refleksi diri dan juga pembelajaran kami dalam subjek-subjek yang lain dimasukkan dalam blog tersebut. tugasan ini juga merumitkan saya kerana saya tidak mengetahui bagaimana untuk masukkan semua maklumat seperti itu. setelah mempelajari dan meneroka blog tersebut akhirnya saya telah dapat menyiapkan tugasan tersebut.

Melalui kelas ini juga saya mengetahui tentang sejarah komputer. melalui pembelajaran tersebut, saya mengetahui betapa kreatifnya manusia menghasilkan komputer yang begitu cangih kini. seperti yang telah saya telah pelajari mengenai sejarah komputer ini, saya baru mengetahui mengenai perkembangan komputer iaitu komputer pertama dihasilkan adalah hampir sebesar bangunan namun kini komputer menjadi lebih kompleks iaitu sebesar buku sahaja yang boleh dibawa ke mana-mana. perbezaan besar dapat saya lihat dan ini membuka mata saya bahawa betapa cangihnya teknologi kini.

selain itu juga, kami telah membincangkan mengenai kenapa pentingnya cita-cita dalam mencapai kejayaan. melalui perbincangan tersebut saya baru tahu yang kita tidak seharusnya masih memikirkan mengenai cita-cita diri sendiri. seharusnya saya sebagai bakal guru harus memikirkan tentang matlamat dan cita-cita para pelajar yang bakal di tempuhi nanti. kita sepatutnya mengetahui tentang keinginan murid dan membantu mereka untuk mencapai kejayaan mereka kerana seperti yang kita tahu murid-murid masih lagi mencari diri mereka sebenar. mereka masih tidak mempunyai gambaran tentang masa depan mereka. jadi sebagai guru, kita haruslah mengambil berat tentang perkara ini.

kesimpulannya, kita sebagai guru haruslah sentiasa belajar iaitu memegang konsep pembelajaran sepanjang hayat. kita juga haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar tidak ketinggalan zaman dalam dunia IT ini. untuk berjaya juga kita seharusnya berusaha sendiri kerana kejayaaan diri sendiri berasal daripada usaha diri sendiri. siapa yang berusaha lebih dialah yang lebih berjaya.

Tuesday, August 31, 2010

pemansuhan UPSR dan PMR

Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah. Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja. Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat. Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah. Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

sumber : Utusan Malaysia

PANDANGAN: Selama ini peperiksaan awam ini saya tidak pernah pertikaikan. namun apabila timbulnya isu pemansuhan peperiksaan awam bagi UPSR dan PMR terbukanya minda saya untuk menilai sejauh manakah peperiksaan ini penting kepada pembangunan insan serta kepada negara. seperti apa yang telah dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, peperiksaan ini menutup minda para pelajar untuk lebih kreatif dan pengetahuan mereka hanyalah sekadar apa yang mereka pelajari bukan dengan cara yang lebih holistik. saya amat bersetuju dengan pemansuhan ini. Namun sebaiknya perkara ini dikaji terlebih dahulu dengan lebih terperinci terutamanya kepada pihak ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Mencadang ini bukan lah dalam bidang saya. namun saya merasa tanggungjawab untuk melihat generasi mendatang membangun sebagai sebuah generasi yang benar-benar berkualiti kepada negara dan masyarakat adalah wajib.....oleh itu saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk kita sama-sama memikirkan pro dan kontra cadangan ini agar keputusan yang akan dibuat nanti akan menjadi keputusan yang terbaik dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang matang dan hebat.... semua cadangan ini tidak ditujukan kepada sesiapa.ini cuma sekadar cadangan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat kepada semua.