
berita yang mengemparkan kami baharu-baharu ini tentang seorang pelajar bunuh diri..
sebenarnya saya takut benda-benda macam ni terjadi di sekeliling saya.. saya tak sangka kejadian sedemikian berlaku juga dalam hidup saya..
pada lewat malam sabtu yang lepas (5 nov 2011), kami digemparkan dengan satu berita yang sangat-sangat mengejutkan saya.. macam tak percaya jer, tapi dah realiti.. seorang pelajar lelaki india yang hanya perlu menunggu 2 bulan lagi untuk menamatkan pengajiannya telah membuat keputusan untuk menamatkan dahulu riwayat hidupnya.. sayang sekali..
kenapa orang yang berpelajaran seperti itu boleh bertindak sedemikian rupa.. adakah puncahnya daripada teman wanitanya or stress belajar?? semua itu masih menjadi tanda tanya bagi saya..
hukum membunuh diri ini adalah sama hukumannya dengan membunuh... seorang yang membunuh diri ini juga tidak dapat diampuni kesalahannya di akhirat nanti.
saya berharap saya diberi kekuatan rohani dalam apapun masalah yang saya hadapi. saya tidak mahu menambah dosa yang telah saya lakukan sebelum ini dengan dosa yang tak akan diampuni lagi.. semua ini kita serahkan kepada Pencipta kita, Tuhan Yesus yang berkuasa ke atas kita. amen..
No comments:
Post a Comment