
Pengarang : Quenstina Usop
“Seriiii! Bangun!!! Hari dah meninggi, kau ni mengalahkan kambing, kambing tu pun tau bangun awal pagi tau!” suara emak membebel satu persatu di pendengaran. Macam itulah rutin emak setiap pagi bila seri baru sahaja dibuai mimpi indah. Ayah pula, awal pagi sudah beredar dari rumah, dan akan balik pada malam hari. Sibuk sangat menguruskan bengkel keretanya.
“Seri!!” Kali ini jeritan emak semakin meninggi. Kedengaran bunyi tapak kaki emak naik ke bilik aku macam gorila aje lagaknya. Aku apa lagi cepat-cepat bangun dari tidur. Kedinginan pagi membuat tubuhku mengigil. Tidak tahan dengan air-cond semulajadi itu, aku cepat-cepat tarik selimut tebalku yang setia menemani di sepanjang tidurku.
Lalu pintu bilik kukuakkan. Emak tercegat mencekak pinggang sambil mulutnya yang terkumat-kamit.
“Ala mak, aku baru saja termimpi putera raja jumpa aku, mak pula dah bising-bising, potong line betul!” Aku berkata dengan mulutku muncung sedepa. “Eeleh! Ada hati nak jumpa putera raja, tu si kembang pun kalau dia manusia, mana dia nak dengan anak dara pemalas macam kau tu” dengan lancar emak menyakat aku.
Tadi kambing, kali ini dia bagi aku dengan kerbau pula. “Mestilah dia tak nak dengan aku. Kan dia kerbau. Taste dia lain mak” jawabku.
“Dah lah tu, pergi mandi cepat! nanti temankan mak pergi pasar pula” emak mencela dengan memandang aku dengan muka bosan. Mungkin malas hendak dengar jawapan berbasi aku itu.
Selesai mandi aku pergi ke dapur untuk menikmati sarapan. Ala, macam orang kaya pula aku ni. Bangun-bangun tidur sarapan dah siap sedia untuk dijamah. Itu juga lah menjadi sebab aku suka balik kampung.
‘Seri!!’
Aku tersentak dari lamunku sekali gus tidak jadi hendak menyuap karipap di tangan. Aku bingkas bangun dan menjenguk ke muka pintu.
“Nak pergi ke mana pula mak?” Aku menyoal apabila melihat emak sudah siap lawa-lawa. Macam nak pergi dating pula lagaknya.
“aik! Masih muda dah mamai? Mak cakap tadi nak minta kamu temankan mak pergi pasar kan. Yang kamu masih tercegat kat situ kenapa? Cepat tukar seluar tu, tak senonoh betul pakai seluar pendek nak jalan.” Mula lagi lah emak aku membebel. Asyik sangat hendak sarapan sampai lupa emak mahu aku temankan dia pergi pasar. Tanpa berlengah aku cepat-cepat naik ke bilikku yang terletak di tingkat atas.
Mak menyuru aku untuk memandu kereta. Katanya lesen kereta aku itu bukan dijadikan koleksi saja.
......................................
Setiba di pasar, aku hanya ikut di belakang emak lagak macam pembantu dia pula. Cuma beza aku dengan pembantu, aku cuma teman emak je.
Semasa membelek-belek sayur, tiba-tiba terasa macam hujung baju aku ditarik-tarik oleh sesuatu. Bila aku toleh ke belakang, aku lihat seorang budak perempuan dengan membawa sepucuk surat bersampul ungu sedang tercegat di belakang aku. Aku cepat-cepat mencangkung agar sama tinggi dengan budak itu.
“adik kenapa? Adik sesat ke?” kataku sambil mengusap-usap kepalanya. “ini untuk kakak” Budak itu cepat-cepat menghulurkan surat yang dipegannya. “ehh? Ini untuk kakak ke? Adik salah orang ni.” Aku cuba menafikan kata-kata budak itu. Dengan lancar budak itu berkata “tak salah lah kak, ni memang untuk kakak. Abang tu yang suruh adik bagi kakak” budak itu menunjukkan tangannya ke suatu arah, namun tiada siapa yang berada di sana. Belum sempat aku hendak bertanya dengan budak itu. Budak itu pula sudah berlari pergi. Entah bila masa aku terima surat dari budak itu, tup-tup sudah aku pegang.
Aku membelek-belek surat yang tidak diketahui siapa pengirimnya itu. Lantaklah! Malas nak layan surat yang tak jelas asal usulnya ini. Aku memasukkan surat itu di dalam kocek seluarku. selesai sahaja emak membeli sayur, kami pun bergerak pulang.
Sampai sahaja di rumah, aku menolong ibu untuk menghantar barang-barang yang dibelinya tadi ke dapur. Penat juga memandu rupanya. Macam mana lah orang boleh tahan hari-hari memandu. Huh! Tak kuasa aku.
Aku naik ke bilik dan terus menghempaskan badan di atas tilam empukku. Terasa penat sangat sedangkan aku bukannya buat kerja berat tadi. Mungkin sudah lama tidak memandu, jadi kekok sedikit. Tiba-tiba aku teringat surat yang aku terima semasa di pasar tadi. Cepat-cepat aku mencari semula surat itu di dalam kocek seluarku. perlahan-lahan kubuka sampulnya. Di dalamnya terdapat sepucuk surat yang ditulis menggunakan tangan.
Buat yang teristemewa.
Pertama kali aku melihatmu,
aku tahu kamulah orangnya yang sering hadir dalam setiap mimpi-mimpiku,
aku tahu kita tidak dapat dipisahkan walaupun badai melanda,
aku tahu aku dapat membahagiakanmu,
aku tahu kau tercipta untukku.
Yang mencintaimu.
Kata-kata yang tertulis dalam surat ini amat indah, bermakna dan cukup puitis didengar. Seperti bait-bait lirik lagu yang berirama, pastinya orang itu berjiwa romantis dan cukup tenang. Jika seorang lelaki mengucapkan perkataan seperti ini kepadaku, sudah lama hati ini tertawan. “Argh! Apa yang aku melalut ni? Surat ini pastinya bukan untuk aku kerana tiada nama pun ditulis. Mesti budak tadi tersalah hantar. Lantaklah!” hatiku berkata-kata. Surat itu kumasukkan semula ke dalam sampulnya dan aku sisipkan di salah satu buku kerjaku kerana takut emak terbacanya.
................................
Seminggu telah berlalu, tamatlah cuti-cuti Malaysia yang sering aku nanti-nantikan. Seperti biasa emak dan ayah akan menghantar aku ke kampus.
Melihat kereta ayah sudah jauh di pandangan, aku pun segera mengangkat semua barang yang aku bawa.
Tiba sahaja di dalam bilik asrama, kawan sebilikku Lisa sudah lama sampai. “Baru sampai? Banyak barang nampaknya”. Tegurnya. “Aik dah nampak aku baru sampai nak tanya lagi” sergahku. Lisa pun tersengih-sengih macam kerang busuk saja lagaknya.
“Hah! Tadi aku pergi check surat kat pejabat asrama tu, aku nampak surat untuk kau lah. Ni dia”. Lisa berkata sambil menghulurkan surat itu kepadaku. Aku pun dengan perasaan tertanya-tanya terus sahaja menyentap surat dari tangan lisa. Tiada nama pengirim tertera, cuma namaku ditulis.
“Surat ni macam pernah aku lihat sebelum ini lah.” Aku berfikir sejenak. “ Hah! baru aku ingat, dua hari lepas seorang budak bagi aku surat yang sama sampulnya dengan ini.” sambungku.
“wah, dah ada secret admirer nampaknya” usik Lisa dengan senyuman nakalnya.
Aku dengan perlahan-lahan membuka sampul suratnya dan ada sehelai kertas yang dilipat di dalam sampul tersebut. Surat ini seperti surat sebelumnya, puitis dan penuh dengan kata-kata cinta. Aku mula risau jika pengirimnya ini hanya mempermainkanku. Adakah dia mengikuti aku sehingga ke kampung? Banyak persoalan yang bermain di minda kecilku ini.
Keesokan harinya seperti biasa bermulalah hariku di kampus seperti biasa.
‘Hah, tu dah datang geng tiga suku tu. Tak habis-habis menguisik orang’ geram lisa apabila terlihat kelibatan fazrul dengan koncoh-koncohnya yang memang terkenal dengan kaki membuli dan menganggu ketentraman pelajar.
Kelihatan mereka datang menghampiri kami yang berada di taman.
“Hai Seri Batisyah, Kau tiap hari lawa lah aku nampak. Kau nak goda aku ke?” Fazrul berkata dengan badannya dirapatkan kepadaku sambil matanya turun naik meliar. Aku betul-betul rimas dengan keadaan itu. Lisa pun mula risau, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Wei!! Apa ni, jangan ganggu aku lah!” Sergahku sambil aku menjarakkan diriku dari Fazrul, namun aku hanya dapat menjarakkan diriku sedikit disebabkan pemegan bangku menghalangku.
“relax lah sayangku Batisyah, aku teringin sangat hendak membelai rambutmu” tangan Fazrul sudah memegang rambutku. Aku tidak dapat mengelak lagi, aku hanya cuba menolaknya.
Tiba-tiba fazrul ditarik kebelakang. Hey bro, kau kenapa? Tak hidup ke kalau tak kacau orang? Dengan tenang Adam berkata kepada Fazrul dan terus menarik aku pergi bersamanya. Teman-teman Fazrul kelihatan mula bertindak namun dihalang oleh Fazrul.
“Terima kasih kerana menolong aku tadi.” Aku berkata setelah lama mendiamkan diri berjalan dengannya.
“Aku buka nak tolong kau pun.” Dengan sombong adam berkata. Adam memang terkenal dengan sikap sombongnya mungkin kerana sikap pendiamnya membuatkan orang mengatakannya sedemikian. Tetapi adam adalah salah satu idola gadis-gadis di kampusku kerana kehensemannya dan dia juga merupakan pelajar yana pandai. Tapi aku buka dalam golongan gadis sedemikian. Aku langsung tidak tertarik dengan Adam mungkin disebabkan kesombongannya itu.
“Suka hatilah. Yang penting aku dah cakap terima kasih kat kau.” Sakit hati diperlakukan sedemikian. Aku terus tinggalkan dia.
Setiap hari ada sahaja surat yang sama aku terima. Aku mulai perhati siapa di sekeliling aku yang sengaja mempermainkanku. “Mungkinkah geng si Fazrul tu yang tak pernah puas kacau orang. His! Malas nak fikir” Hatiku berkata-kata.
Kuliah bermula seperti biasa. Aku dan Lisa duduk bersama dan di sebelahku Adam. Memang awal tahun lagi posisi kami tidak pernah berganjak. Mungkin secara kebetulan kami ambil subjek yang sama.
Fazrul datang lagi mengacauku. Dia merampas buku yang sedang aku baca. “Fazrul bagi balik buku aku lah!” Jeritku kepada Fazrul sambil berdiri.
Ambillah kalau kau dapat. dia mula berlalu ke tempat duduknya sambil membelek-belek buku yang diambinya tadi. Aku hanya dapat memerhati dengan geram.
“Mak oi! Ada surat cinta rupanya”. Sedikit terjerit suara Fazrul sehinggakan membuat semua orang tergamam. Kelihatan muka jahatnya itu hendak mengenakan aku. Dia mula membaca surat tersebut.
Seri Batisyah,
Sejak sekian lama aku mengenalimu,
Perasaanku semakin menebal di lubuk sanubariku,
Tidak pernah sesekali terhakis dek masa berlalu,
Tidak pula pernah sesekali beralih arah dek ribut menyapu,
Hatiku tetap seperti ini selagi hayatku.
Yang mencintaimu.
Fazrul membaca surat tersebut dengan aksi yang betul-betul buatku menyampah dan sakit hati. Entah kenapa tiba-tiba air mataku mengalir. Aku pun tidak pasti. Takkanlah aku mahu membela pengirim surat tersebut yang langsung tidak ku kenali itu? Adakah aku dah jatuh cinta dengannya? Ah! Itu tidak mungkin. Hatiku meneka-neka.
Fazrul ketawa macam nak rak. Dia masih belum berhenti daripada memalukanku.
Tiba-tiba Adam berdiri dari tempat duduknya dan terus meluluh ke arah Fazrul yang masih galak ketawa. Adam dengan bengisnya menumbuk muka Fazrul hingga Fazrul tersungkur menyembah bumi.
“hei! Dah lama aku bersabar dengan kau, kau tak habis-habis kacau Batisyah kan! Nah ambik kau!!” satu tumbukan melayang ke muka Fazrul. Kelihatan koncoh-koncoh Fazrul sudah datang untuk membelasah Adam, namun ditahannya.
“Kalau kau tak puas hati, nanti kita jumpa kat gelanggang bola keranjang jam 4 ni” Fazrul separuh berbisik kepada Adam dan terus berlalu pergi.
Adam kembali ke tempat duduknya tanpa mempedulikan aku. Entah kenapa dia ingin membelaku, aku berasa pelik dengannya. Tapi aku cuba untuk membuang perasaan itu. Baru aku ingin membuka mulut untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, pensyarah sudah pun tiba. Kuliah pun berjalan seperti biasa.
Selesai sahaja kuliah Adam dengan cepat terus meluluh keluar. Sebelum Fazrul pergi tadi aq telah tertangkap bait-bait ayat yang dikatakannya. “Jumpa kat gelanggang bola keranjang”. Apa agaknya yang mereka ingin lakukan kat sana?
Jangan-jangan mereka bergaduh lagi kot. Ini tak boleh jadi, takkan disebabkan aku mereka bergaduh. Aku dilanda kerisauan, takut sesuatu yang tidak baik berlaku.
“Seri, seri! Kau mengelamun ye?” Lisa menepuk bahuku apabila tiada respond dariku. Ehh, kenapa Lisa? aku terjaga dari lamunku. “Kenapa dengan Adam ye, asal si Fazrul tu nak kacau kau ja mesti dia mengamuk. Orang lain tak de pun dia kisah sangat”. Lisa cuba menganalisis.
“Ala, mungkin secara kebetulan kot kejadian berlaku depan mata dia.” Aku cuma untuk berfikiran positif kerana aku tau Lisa pun ada memikirakan seperti yang aku rasa.
“Lisa kamu baliklah dulu, saya ada hal kejap nak buat kat library” aku berpura-pura seperti ingin menuju ke pusat sumber. “Okey! Kamu hati-hati, jangan sampai terserempak dengan si sewel Fazrul tu” nasihat Lisa sambil dia berlalu pergi.
Apablia Lisa tidak kelihatan lagi, aku terus menuju ke arah gelanggang bola keranjang yang terletak di belakang bangunan kuliah G. Mungkin aku sudah terlambat kerana sekarang sudah menunjukan jam 4.20.
...................................
“Datang pun kau. Ingatkan dah jadi tikus pengecut.” Fazrul dengan kawan-kawannya sudah mengelilingi Adam yang baru sahaja tiba. Adam masih kelihatan tenang.
“Okey, macam ni lah, kita buat 1 lawan 1. Siapa antara kita yang menang akan dapat Seri Batisyah.” Fazrul membuat pertaruhan dengan Adam. Adam hanya tersenyum sinis.
“Okey, No problem. satu lagi kalau aku menang kau jangan pernah ganggu Seri Batisyah aku lagi. faham!” Adam berkata dengan tegasnya.
“Jangan risau aku buka jenis orang yang tidak menepati janji.” Fazrul sudah bersedia untuk memperkemaskan kedudukannya. Mereka mula untuk berlawan. Mereka berlawan kelihatan sama kuatnya, sekejap penumbuk mengena Adam dan sekejap dibalas oleh Adam semula. Mereka bergelut dengan hebatnya. Setelah lebih kurang 20 minit mereka berlawan, kelihatan kedua-duannya sudah lemah, tetapi masing-masing masih ingin menang. Adam cuba gagahkan diri untuk bangun, setelah itu dia menendang Fazrul yang sedang terlentang bertubi-tubi kerana dia teringatkan Seri, dia tidak ingin seri jatuh ke tangan penjahat macam Fazrul ini.
Akhirnya Fazrul mengangkat tangannya tanda menyerah kalah. Tetapi tidak semudah itu, orang seperti mereka langsung tidak boleh dibawa berunding. Koncoh-koncoh Fazrul pula yang membelasah Adam sehingga Adam tidak mampu berdiri lagi. Selepas itu mereka terus berlalu pergi meninggalkan Adam yang terbaring tidak bermaya disitu.
“Adam!! Kenapa dengan kau ni? Bangunlah jangan buat saya takut”. Aku amat takut melihat adam yang penuh dengan lebam-lebam dan kelihatanya ada bahagian yang berdarah juga. Aku terlewat untuk meredahkan keadaan yang berlaku tadi. Aku tau ini semua salah aku. Adam bergerak-gerak, dia membuka matanya yang lebam dan melihatku sambil tersenyum. Ini pertama kali aku melihat Adam tersenyum yang membuatkan jantungku berdegup kencang. Tetapi aku tidak menghiraukan perasaan itu. Atas bantuan dari teman lelaki Lisa, Adam kami bawah ke hospital.
...................................
Sebulan telah berlalu, selepas kejadian itu Adam jarang muncul mungkin sibuk menyiapkan tesisnya dan Fazrul pula tidak lagi mengusikku seperti dahulu. Terasa aman duniaku sebegini. Pengirim surat itu pun sudah tidak ada lagi, terakhir kali dia memberiku dua minggu lepas sejambak bunga dimana diletakkan satu bunga yang diperbuat daripada pelastik bersama-sama dengan bunga yang hidup ditengahnya dan terdapat sekeping kad yang begitu indah kata-katanya.
“Aku akan mencintaimu sehingga bunga yang terakhir layu”
Namun mengapa seperti ada rindu bersarang di hatiku. Tetapi untuk siapa? aku sendiri tidak dapat mengungkapnya.
Hari ini kami sedikit sibuk kerana banyak perlu disiapkan. “penatnya, lepas ni kita pergi makan nak tak?” Lisa memberikan cadangan. Boleh juga. Lagipun aku dah lapar ni, Jom lah.” Aku akur dengan cadangannya.
Setiba di kantin kami terus mencari tempat duduk. Tiba-tiba salah seorang pekerja kantin itu menegurku. “Emm, kamu Seri Batisyah kan?” Aku dengan sedikit bengang hanya mengangguk. “Ada surat untuk kamu.” Katanya lagi dan menghulurkan surat yang aku lihat memang tidak asing bagiku. Akupun mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepada pekerja kantin itu.
“Bacalah Seri, aku pun nak tahu juga” Lisa kelihatan teruja.
“Ye lah, Kejap lah Lisa oi, dia pula yang melebih-lebih. Nanti aku bagi tau kat balak kau baru tau. hehe” ugutku apabila melihat lisa pula yang melebih-lebih.
Kepada yang teristimewa,
Seri Batisyah.
Kalau awak nak kenal saya, jumpa dekat tasik Chenang. Pukul 5.30 petang ini. kalau tak datang awak tak akan kenal saya lagi.
Yang mencintaimu.
Aku tergamam sejenak, tidak tahu sama ada aku harus jumpa dia atau sebaliknya. Sedangkan aku tidak mengenalinya pun.
“apa aku harus buat ni Lisa?”
“Entahlah, saya rasa bagus awak pergi jumpa kejap.” Nasihat Lisa.
Selepas tamat kuliah, aku terus berjalan ke Tasik Chenang yang tempatnya tidak jauh dari kampusku. Hatiku cukup berdebar-debar. Tidak pasti apa yang akan berlaku.
Sampai sahaja disitu, aku sedari suasana cukup lengang. Tiada siapa disitu. Jam baru menunjukkan pukul 5.15 petang. Aku semakin risau. Macam mana kalau sesuatu terjadi kepada diriku. Tiba-tiba kau merasakan ada orang menarik aku dari belakang. Aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Aku menggunakan sekuat tenaga untuk melepaskan diri. Aku Berjaya. Tiba-tiba aku terkejut terpandang Fazrul.
“Kau nak buat apa kat aku hah?”
Nafas Fazrul semakin dekat dengan telingaku.
Aku nak kau. Biar aku yang rasmikan kau dulu, baru aku puas hati. Biar boyfriend kau tu ternganga bila tahu kau tak suci lagi.”
Fazrul cuba untuk memelukku. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri dari gengamannya. Belum sempat Fazrul melakukan sesuatu, tiba-tiba aku lihat Fazrul tercampak ke tanah. Fazrul pun cepat-cepat lari kerana takut dibelasah oleh Adam.
Adam! Dia datang lagi. kali ini juga untuk menyelamatkan aku.
“Kenapa awak mesti tolong saya?” Kataku dalam tersekat-sekat.
“Sebab awak adalah insan istemewa di hati saya. Saya tak nak siapa-siapa cederakan awak. Saya sayangkan awak.”
“Macam mana awak boleh sukakan saya pula? Setahu saya antara kita langsung tiada kaitan.” Aku masih kebingungan.
“Mungkin awak dah lupa. Dulu kita pernah berjiran kat kampung mata Ayer. Dari kecil saya sering termimpi yang awak itulah jodoh saya. Saya rasa bahagia sangat jika mimpi saya itu benar. Sebab saya memang syok kat kamu.” Bersungguh-sungguh adam menceritakan kepadaku.
Tetapi selepas awak pindah, saya betul-betul kecewa dan berazam untuk mencari awak semula. Saya bersyukur bila dipertemukan dengan awak disini. Tambahnya lagi dengan muka yang berseri-seri.
Baruku ingat dahulu aku mempunyai seorang kawan lelaki yang selalu menolongku dari dibuli oleh budak-budak nakal. Aku ingat hanya nama mereka yang sama, rupa-rupanya memang dia adalah Adam aku yang dahulu.
”Jadi surat-surat sebelum ni awak ke yang bagi? Termasuk waktu saya kat kampung? Awak kejar saya sampai sana ke?” banyak persoalan yang saya fikirkan.
Adam mengangukkan kepalanya. “Kat sana kampung mak saya. Hari tu mungkin awak tak perasan kita balik kampung sama-sama. Jadi saya macam tertarik untuk mengenali awak. Lepas tu saya ikut awak sampai kat rumah awak. Dan bila sampai rumah nenek saya kat sana, saya tanya lah nenek berkenaan dengan keluarga awak. Saya happy sangat bila tau awak kat sini.” Terangnya panjang.
Adam memegang jari-jemariku dan dia mengangkat mukaku agar mata kami bertentangan. Aku melihat Adam seperti bukan Adam yang aku kenal sebelum ini yang pendiam dan sombong tetapi seorang lelaki yang begitu menarik perhatianku.
“Saya sayangkan awak Seri, saya cintakan awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Seri Batisyah, sudikah awak jadi suri alam hidup saya? Saya harap awak takkan kecewakan saya.” Kata-kata Adam membuatkan aku betul-betul dihargai. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Secara tidak aku sedari air mataku mengalir kembali.
“Seri kenapa awak menangis ni?” Adam mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Aku tidak tahu kenapa aku terasa sebak sangat.
“Hati saya ini hanya untuk awak Seri. Kalau awak tak terima saya, lagi saya sedih. Saya tahu, awakpun dah sukakan saya kan?”
Aku memandang mata Adam sambil tersenyum. Aku hanya memandang matanya. Aku tahu dia memahami perasaanku sekarang ini.
“Terima kasih Seri sebab terima saya.”
“Terima kasih juga sebab masih tunggu saya. Saya sayangkan awak!”
Aku tersenyum. Hari-hari mendatang moga-moga akan lebih ceria dengan kehadiran Adam. Semua bermula dari sebuah Warkah cinta yang tidak diketahui asal usulnya.
saya hasilkan sendiri.. lw bkn sbb assignment x terkeluarlah idea aq bwt smua ni..huhu whatever puas hati lah..huhu
ReplyDelete