hari ni tiba-tiba ja nak tulis tentang dia... susah kan kita nak kekalkan perhubungan dimana kita kena menunggu untuk beberapa tahun lagi untuk menjadi milik sepenuhnya bagi orang yang kita sayang.. mungkin sesetengah orang kata "enjoy dulu baru pikir sampai kesitu", tetapi entahlah kenapa saya rasa malas nak cari orang lain bila orang yang kita dah sayang dah depan mata. saya rasa dialah cinta sejati yang saya cari walaupun ada perkara yang mengikat hubungan kami. itu lain cerita lagi.. apa yang penting saya sangat-sangat sayang dia..
tidak dinafikan setiap perhubungan bukan selalunya dalam keadaan yang sama ja, maksud saya disini mestilah ada turun naik perhubungan tu.. kadangkala berlaku perselisih faham antara kami, tapi semua masalah dapat kami selesaikan juga.. biasalah gaduh-gaduh sayang gitu..hehe
saya ingat lagi macam mana saya boleh kenal dengan dia dulu. ceritanya tak lah rumit mana.. tapi cukup indah untuk dikenang. awal pertemuan kami ialah ketika mengikuti satu seminar kecemerlangan yang berlangsung di Kota belud.. dalam seminar tersebut kami duduk dalam satu kumpulan yang sama. pada mulanya saya cuba untuk tidak tertarik dengan dia kerana ketika itu dia sedang berkepit dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan kawan jugalah tapi tak rapat sangat.. tapi tidak dinafikan perasaan suka padamulanya timbul juga tetapi disisihkan jauh-jauh agar tidak berterusan... pendekkan cerita, setelah selesai sahaja aktivit di sana kami dipisahkan dengan arah tujuan yang berbeza dimana tempat kami bersekolah adalah tidak sama, perasaan sedih terus melanda.. macam tak puas hati ja bila belum dapat mengenalinya dengan lebih rapat lagi.. tidak berhenti di situ sahaja perkenalan kami.. cerita cinta kami bermula dengan cinta jarak jauh.. saya berterima kasih kepada seorang rakannya iaitu A yang sudi untuk membantu dalam perhubungan kami.. ok cukup lah... kalau nak cerita lagi, nanti tak tau nak tamat dimana..hehe
apa-apa pun saya bersyukur kepada Tuhan dalam pertemuan dan akhirnya membawa kepada perhubungan saya bersama dia sehingga kini. walaupun hati saya dulu sangat hipokrit + ego pun ada, sy tak akan pernah memberi sepenuhnya perasaan sayang dan percaya kepada orang lain dalam setiap perhubungan. "aiman tak kisah nak couple dengan siapa pun" yang penting diri harus dijaga dari lelaki 'buaya darat'. NGERI..
tetapi bersama dengan dia, lain dari yang lain.. semuanya berubah dimana saya memberikan sepenuh jiwa dan raga hanya untuk dia seorang. terasa macam tiada penganti di hati ini lagi jika dia pergi.. saya berharap sangat hubungan kami kekal bahagia sampai ke akhir hayat.. tetapi segala sesuatu adalah di tangan Tuhan.. apa yang kami mampu hanya berdoa kerana "manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya".
sekurang-kurangnya terubat jugalah rindu saya tadi bersama dia bila dapat mengimbas kembali cerita cinta antara kami..^^ tamat disini..

No comments:
Post a Comment